NABI ADAM





Kemudian  diciptakan  Allah SWT  pula  ADAM  sebagai  manusia yang pertama, untuk menghuni di bumi luas yang sudah terbentang, beranak  dan  berketurunan  menjadi  manusia  banyak,  berpuak puak dan berbilang bangsa, berselerak ke seluruh pelosok bumi.  Maksudnya manusia itu diciptakan Allah, ialah agar manusia itu menyembah  dan  sentiasa  mentaati  segala  perintahNya serta juga menjadi pengatur bumi yang tidak teratur; bercucuk tanam, mendirikan rumah, memelihara ternakan, dan sebagainnya.  Allah SWT memberitahu maksudNya kepada para Malaikat, "Aku ingin mencipta manusia untuk menguruskan muka bumi".  Para  Malaikat  lalu  menjawab,  "Apakah  manusia  yang  Engkau ciptakan  itu  untuk  mengurus  bumi,  ya  Tuhan  kami?  Tidakkah manusia  itu  nanti  akan  merosakkan  bumi  dan  akan menumpahkan  darah  berbunuhan?  Berbanding  dengan  kami yang sentiasa patuh dan memuliakan Engkau".  Lalu  Allah SWT  menjawab.  "Aku  lebih  mengetahui  apa  yangkamu tidak mengetahui". 

 

Ya, Tuhanlah yang lebih tahu rahsia apa yang terkandung dari kejadian  manusia  ini.  Tuhanlah  yang  lebih  tahu  kenapa  kita manusia yang diciptakan Tuhan untuk mengatur bumi, sekalipun Tuhan  tentu  sudah  tahu  pula,  bawah  manusia  di  permukaan bumi ini akan berbuat kerosakan, akan bersilang sengketa, akan berbunuh bunuhan menumpahkan darah.

 

Tetapi janganlah sampai kita lupakan, bahawa Tuhan juga tahu, bahawa  tidak  semuanya  manusia  itu  perosak,  tidak  semua manusia  suka  bersengketa  dan  berbunuh  bunuhan.  Di  antara manusia  yang  banyak  itu,  ada  banyak  pula  yang  baik,yang selalu  berbuat  kebajikan  terhadap  sesama  manusia,  selalu berusaha  dan  berjuang  untuk  keselamatan  dan  kebahagiaan hidup manusia. 

 

Setelah  mendengar  jawapan  Allah  yang  pendek,  tetapimempunyai  erti  dan  maksud  yang  amat  dalam  itu,  semua Malaikat  menjadi  diam,  tidak  menjawab  lagi.  Hanya  berkata dengan berbisik antara sesama mereka: "Memang benar! Tuhan kita Maha Mengetahui segala sesuatu, dari perkara yang se kecil kecilnya  sampai  kepada  perkara  yang  sebesar  besarnya.  Ia mengetahui  segala  yang  zahir  dan  yang  batin,  yang  kelihatan oleh mata dan yang tidak kelihatan. Tidak ada satu perkara dan kejadian yang bagaimana juga kecilnya yang terjadi di langit dan di bumi atau antara keduanya yang tak diketahui oleh Tuhan."  Apa saja yang Allah ciptakan, tentu ada guna dan faedahnya, tentu ada maksud dan tujuannya. Tidak satu benda pun yang diciptakan Allah akan sia sia. Hanya kita sendiri yang tidak atau belum mengetahuinya. 

 

Allah  meneruskan  firmanNya  terhadap  para  Malaikat  itu: "Manusia itu, iaitu Adam, akan Aku ciptakan dari tanah. Apabila sudah terbentuk dan selesai, akan Aku hembuskan kepadanya rohKu,  agar  dia  menjadi  hidup,  dapat  bergerak,  berperasaan, berpengertian  dan  berkesedaran.  Bila  Adam  sudah  menjadi

hidup  dengan  pengertian  dan  kesedaran,  hendaknya  kamu sekalian sujud memberi hormat kepadanya." Malaikat adalah suatu makhluk Allah yang mempunyai

kesedaran yang  amat  tinggi.  Dengan  kesedaran  yang  amat  tinggi itu, mereka  menjadi  makhluk  yang  mulia,  selalu  bertasbih dan beribadat  mensucikan,  membesarkan  dan  memuji  muji  Allah SWT, selalu  taat  menjalankan  apa  saja  yang  diperintahkan Allah SWT.



PAGE 2

PAGE 3


 


Post a Comment

Previous Post Next Post